
Sulit
4 tahun
Berapa lama tempoh kulit kepala zakar melecet pedih akan tumbuh
Saya lelaki berumur 27 tahun…Saya nak tanya doktor iaitu berapa bulan untuk kulit kepala zakar yang melecet pedih sensitif terhadap seluar akan tumbuh kembali akibat perbuatan onani yg kerap sehingga melecet semua bahagian kepala zakar…
Jadi tempoh berapa bulan kulit kepala zakar yang melecet dilapisan kulit akan kembali kuat atau pulih jika tanpa ubat atau krim ?
Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, luka kulit yang ringan akan pulih dalam masa 3-7 hari. Tetapi jika luka yang teruk akan mengambil masa 1-2 minggu untuk pulih.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut dan mendapatkan rawatan jika perlu. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah