
Sulit
4 tahun
Berapa lama tempoh sesuai untuk mengambil pil perancang? Bagi mengelakkan daripada kesan buruk pengambilan terlalu lama
Saya wanita berusia 27 tahun, saya mengambil pil perancang selama 2 tahun jenis nordette. Berapa lama tempoh sesuai untuk pengambilan pil perancamg bagi mengelakkan daripada kesan buruk jika diamalkan terlalu lama. Minta penjelasan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, Nordette merupakan kontraseptif jenis pil hormon gabungan. Kesan sampingan disebabkan penggunaan pil kontraseptif gabungan hormon estrogen dan progesteron untuk jangka masa lama adalah seperti berikut:
- Darah beku- Perkara ini akan lebih mudah berlaku sekiranya pengguna pil kontraseptif seorang perokok tegar juga.
- Kanser payudara dan serviks- American Cancer Society melaporkan penggunaan pil kontraseptif gabungan hormon selama 5 tahun boleh meningkatkan risiko kanser serviks. Untuk kanser payudara, sekiranya pengguna ubat ini berhenti selama 10 tahun, risiko untuk mendapat kanser payudara berkurangan.
Kesan sampingan jangka masa panjang tidak semestinya berlaku. Ia bergantung kepada sejarah kesihatan, sejarah keluarga dan faktor persekitaran. Sekiranya terdapat masalah seperti darah beku, anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk bertukar ke kaedah perancangan yang lain. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.