Sulit

4 tahun

Berasa sakit di bahagian tengah dada, berasa sesak di leher dan rahanv sehingga sesak nafas. Period pain yang agak teruk sejak 2 tahun yang lalu. Perkara ini menjejaskan kehidupan saya sebagai seorang pelajar

Saya pelajar perempuan berusia 18 tahun, berasa sakit di bahagian tengah dada dan berasa sesak di leher, rahang sehingga berasa sesak nafas. Belakang badan bahagian atas juga turut terasa mencucuk. Adakah mungkin petanda angina pectoris atau MI ? Saya pernah membuat ecg beberapa tahun yang lalu dan dinyatakan rhyme tidak begitu normal tetapi tiada tindakan lanjut. Saya agak bimbang. Saya juga sudah mengalami period pain yang agak teruk sejak 2 tahun lalu, keadaan rahim ketika scan adalah okay tetapi adakah mungkin saluran lain yang bermasalah sehingga menyebabkan period pain terasa perit. Hal ini menganggu aktiviti harian saya setiap bulan sebagai pelajar. Terimakasih

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera ,terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah sakit dada yang dialami oleh anda. Pelbagai organ boleh menyebabkan sakit dada ini. Antaranya, sistem penghadaman, tulang rusuk, paru-paru dan jantung. Antara penyebabnya ialah :

  • Gastrik atau asid perut berlebihan
  • GERD atau pedih ulu hati
  • Kekurangan darah atau anaemia
  • Keradangan tulang rusuk
  • Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
  • Jangkitan paru-paru
  • Asma
  • Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
  • Sakit jantung

Untuk pengetahuan anda, serangan jantung sukar untuk dikesan melalui gejala sahaja, ECG perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian jika anda mengalami serangan jantung atau tidak. Oleh itu, saya sarankan anda untuk segera ke klinik berdekatan dan dapatkan rawatan dan diagnosis dahulu.

Period pain boleh dikenali juga sebagai dysmenorrhea dan ia boleh disebabkan oleh pelbagai masalah seperti:

dysmenorrhea primer

  • Rahim yang terbalik (Retroverted uterus)
  • Menstruasi yang lebih panjang, pendarahan yang terlalu banyak atau kitaran haid tidak teratur
  • Kurang bersenam
  • Merokok
  • Berat badan berlebihan
  • Banyak mengambil minuman keras
  • Tekanan emosi

dysmenorrhea sekunder

  • Endometriosis – tisu yang membina bahagian dalam dinding rahim (Endometrium) tumbuh pada bahagian luar rahim
  • Adenomyosis – tisu endometrium tumbuh ke dalam bahagian otot rahim
  • Pelvic Inflammatory Disease (PID) – Jangkitan pada rahim yang kemudiannya merepak ke seluruh pelvis
  • Cervical Stenosis – laluan bukaan rahim sempit
  • Fibroid – Ketumbuhan yang benign di dalam rahim. Masalah ini turut menyebabkan wanita mengalami masalah haid yang terlalu banyak, terlalu lama atau tidak teratur.
  • Ketumbuhan polip di dalam rahim
  • Intrauterine adhesions – Dinding dalam rahim melekat akibat proses (Scarring)
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) – ketumbuhan cyst pada ovari yang sering menyebabkan kemandulan dalam wanita

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.

Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.

Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)