
Sulit
4 tahun
Berat badan makin berkurangg
hi saya ni ada masalah berat badan kurang
berat saya 38kg tinggi saya 158
dulu berat saya 46kg and makim turun turun
vitamin c saya tak boleh makan
jadi apa jee perlu saya buat? saya kalau bab makan tak pernah control kalau lapar je saya makan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kurang berat badan boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Genetik (keturunan)
- Metabolisma tinggi
- Masalah penghadaman (seperti penyakit Coeliac)
- Masalah insulin (seperti diabetes jenis 1)
- Stress/tekanan emosi
- Penyakit tiroid (hiper-tiroid)
- jangkitan parasit
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Pemakanan seimbang seharusnya diamalkan dengan mengandungi kesemua jenis nutrien seharian oleh badan. Perkara ini boleh dirujuk dengan lebih mendalam setelah punca-punca berat badan rendah telah diasingkan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.