
uniqueaida14
5 tahun
Berat Badan Menurun Mendadak
Saya berumur 23 tahun dan saya tidak pernah mendapat berat badan ideal. BMI juga sentiasa tidak normal. Saya tinggi dalam lingkungan 160+ cm dan berat saya pada 2 hari lepas adalah 43.6kg, semalam 43.3kg dan hari ini 42.5kg. Ini bertambah merisaukan saya dan saya telah lama mencuba untuk menaikkan berat badan. Saya buntu dan tidak tahu apa perlu dilakukan. Bolehkan saya pergi ke hospital untuk meminta ubat menaikkan badan? Ataupun adakah cara lain yang lebih cepat? Sekarang juga badan saya dah mulai sakit-sakit tanpa sebab.
Terima kasih doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah kekurangan berat badan.
- Masalah genetik atau keturunan.
- Usia yang makin meningkat
- Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
- Kencing manis Jenis 1
- Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
- Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa
Antara langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan berat badan adalah
- Mengamalkan diet yang seimbang untuk menambah berat badan
- Senaman untuk menambah berat badan.
- Membina otot
- Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk menambah selera makan (atas nasihat doktor)
- Zat-zat tambahan (supplemen) yang mengandungi vitamin dan mineral
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.
Anda juga boleh whatsapp ke 0125103569 untuk mendapat maklumat mengenai supplemet yang sesuai dengan mendapat 20% diskaun dan RM20 off.
Terima kasih.