
Anonymous
5 tahun
Berat badan tak normal
Saya wanita berumur 22 dan berat badan saya dalam lingkungan 35 atau 36kg. Manakala tinggi saya ialah 141cm. Saya juga seorang mahasiswi dan keadaan ini menyebabkan saya terlampau stress dan kerap berfikir kenapa saya tidak boleh mencapai berat normal. Bolehkah dr berikan cadangan untuk saya menambahkan berat badan selain dari mengambil supliment luar ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh anda. Terdapat pelbagai jenis penyebab bagi kurang berat badan untuk dewasa dan kanak-kanak termasuklah::
- Malnutrisi
- Penyakit ulser peptik
- Hipertiroidism
- Kemurungan
Rawatan penurunan berat badan bergantung kepada penyebabnya dan matlamatnya adalah untuk mencegah berkurangnya berat badan secara berterusan. Sokongan nutrisi pada peringkat awal dapat membantu mengelakkan beberapa komplikasi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.