
Sulit
4 tahun
Berat badan yang Naik
Hi doctor,saya wanita berumur 33 tahun…berat badan saya sekarang 84 kg Dan tinggi saya 167cm …saya tahu bmi saya tidak seimbang …boleh saya tahu supplement/vitamin apa yg sesuai untuk turunkan berat badan selain excersice ? Atau saya jenis yang kurang metobolisme ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah berat badan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa tips untuk menurunkan berat badan, antaranya ialah:
- Mengurangkan pengambilan karbohidrat
- Melebihkan pengambilan protein
- Lebihkan minum air kosong dan kurangkan minum air manis
- Makan dengan kerap dan dengan jumlah yang sedikit
Anda boleh klik di sini untuk tips yang lebih lanjut. Anda dinasihatkan menjaga pengambilan makanan anda setiap hari berdasarkan tips di atas kerana ianya lebih baik berbanding pengambilan sebarang supplement atau vitamin.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.