
Sulit
5 tahun
Berat badan yang tidak normal, sukar naik berat badan walaupon telah makan dengan banyak dan mengambil vitamin tambahan. Apa yang perlu saya lakukan?
Hi doktor, saya wanita berumur 25 tahun. Berat saya dalam lingkungan 38-40. Saya perlukan berat badan 45 ke atas untuk bmi normal. Apa yang perlu saya lakukan untuk tambah berat atau makanan tambahan yang elok untuk tambah berat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa punca kepada kekurangan berat badan seperti:
- Faktor genetik - keluarga yang mempunyai genetik untuk kurus
- Penyakit kronik seperti hiper-tiroid, kencing manis
- Masalah penghadaman seperti penyakit Coeliac
- Masalah diet tidak seimbang - seperti kurang karbohidrat seperti nasi
Bagi mengatasi masalah ini, beberapa kaedah boleh diambil puan seperti pemakanan seimbang dan elakkan makanan segera, mengenalpasti jika terdapat penyakit-penyakit seperti diatas dan merawatnya dan suplemen. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.