
Sulit
5 tahun
Berat sukar turun setelah bersalin
Saya berumur 24tahun… mempunyai 2 org anak… berat badan 88kg… tinggi 161cm… berat badan susah turun setelah melahirkan anak. saya ingin mencuba ubat orlistat… bagaimana pendapat doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Orlistat berfungsi untuk membantu mengurangkan penambahan kalori anda. Ubat ini bekerja dengan cara menghalang penyerapan lemak daripada makanan yang anda konsumsi
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan berupa
- Kentut disertai najis terkeluar
- Keinginan membuang air besar secara tiba-tiba atau kerap
- Najis berlemak
- Sakit perut dan kembung
- Jangkitan salur pernafasan
- Sakit kepala,
- Resah, letih
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) atau (DoctorOnCall) untuk bercakap secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih