
Sulit
4 tahun
Berbintik di ruang belakang badan
Salam doktor, saya perasan yang saya ada bintik2 merah di belakang badan saya. Tapi saya tak rasa gatal. Ibu saya kata mungkin sebab berat badan saya (obesiti tahap 3) Saya risau, apa perlu saya buat untuk kurangkan bintik2 dan kenapa jadi begini? Apa sebabnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bintik merah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ruam panas
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
- Digigit serangga atau nyamuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.