Sulit
2 tahun
Berdarah ketika bersama suami
saya wanita berumur 39tahun.kemaluan saya berdarah semasa membuat hubungan sex dengan suami.Tetapi perkara ini baru terjadi dalam 2 kali dalam minggu ini.Ini perkahwinan kedua saya dan saya baru berkahwin selama enam bulan
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.