
Sulit
4 tahun
Berdarah ketika seks tapi tidak period time itu, tidak rasa sakit ketika keluar darah. selepas bersama, masih keluar lendir coklat seakan period, tetapi selepas itu, tak keluar dah
saya wanita dalam kalangan 20an. tiap kali saya dan suami saya sedang berasmara, ada terkeluar darah tetapi tak sakit. saya tidak period ketika itu. bagaimana cara untuk elakkan keluar darah ketika bersama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan setelah berhubungan seks. Untuk makluman anda, gejala pendarahan selepas melakukan hubungan seksual boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Ektropion Serviks - luka pada serviks
Bagaimanpun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.