
Sulit
5 tahun
Berdarah selepas bersama suami
Saya wanita umur 22thn dan sudah berkahwin. Saya nak bertanya kenapa berlaku pendarahan selepas bersama suami? Saya dah berkahwin 3bulan. Before this after bersama okay saja tkda darah keluar. Masa darah keluar pun tak ada rasa skit. Darah tu tkdk la banyak tak da la sikit
Dan saya tak ada tanda2 nak haid sebb Haid saya pun baru habis 2-3minggu lepas. Kenapa ya tetiba darah keluar selepas bersama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Oleh kerana perdarahan telah terjadi beberapa kali setelah berhubungan dan keluhan ini telah berlaku sejak beberapa lama, adalah dikhuatiri sekiranya terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari keluhan anda ini. usteru, adalah digalakkan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor.
Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.