
Sulit
3 tahun
Berdarah selepas melakukan bersetubuhan
Selepas saya bersetubuh dalam 3/4 jam, kemaluan saya akan mengeluarkan darah yang sedikit. Kenapa boleh jadi mcm tu ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Faraj kering (Vaginal dryness)
- Penyakit kelamin (STD)
- Fibroid
- Polip serviks
- Kanser serviks
- Kanser rahim
- Faraj luka
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan lanjut. Anda juga boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor