
Anonymous
5 tahun
Berenti makan ubat perancang secara tiba tiba
hi sya nak tnya…saya period pada 25hb june…and pada hari ke 7 (july 2).saya tade makan ubat dan telah bersama suami hari2…dan teringat nak makan pill pada hari ke 11 dan 12 saja iaitu 6july dan 7july…sya stop balik makan ubat tu berikutan suami saya ada ckp nak ada baby…jd start isnin dan hari yg seterus nya saya tk makan ubat…which is supposed bila da makan pill once(pill perancang yasmin 21hari) saya biasa nya akan dtg period pada hari yg ke 4 atau 5…tp smpi skrg mcm blm ada tanda2 sya nak dtg period…ada ka sya telah mengandung?since sya da chek PT still negative or blm dpt detect?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kehamilan akan terjadi sekiranya anda bersama pada waktu subur (iaitu waktu dimana ovum ada untuk disenyawakan oleh sperma). Waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke-12 hingga hari ke-14 daripada hari pertama haid jika anda mempunyai kitaran haid yang normal iaitu sekitar 28-38 hari.
Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Diingatkan juga bahawa kadang-kadang ujian kehamilan yang negatif masih boleh bermaksud anda telah hamil. Hormon hCG akan berganda setiap 48 jam pada awal kehamilan. Ujian kehamilan yang negatif pada hari Isnin kemungkinan akan menjadi positif pada hari Rabu. Dan jika ia positif dengan air kencing pertama pada waktu pagi, kemudian pada hari apabila air kencing lebih cair, ia boleh menjadi negatif. Rujuk artikel ini UPT negative tetapi hamil.
Justeru, jika masih ragu dengan tes sebelumnya, sebaiknya puan melakukan pemeriksaan UPT ulang ataupun melakukan pemeriksaan darah untuk mengkonfirmasi status kehamilan. Untuk mendapatkan diagnosis dan kesimpulan tentang keraguan anda, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih