Sulit
4 tahun
Bergejala selepas tamat tempoh kuarantin
Sekiranya pesakit positif yang telah tamat dikuarantin di MAEPS Serdang selama 10 hari mula mendapat gejala seperti demam, sakit tekak dan sakit kepala pada hari ke 11, apakah yang perlu dilakukan oleh pesakit? Adakah pesakit boleh menyebabkan jangkitan kepada masyarakat awam walaupun telah menyempurnakan tempoh kuarantin tersebut?
4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi gejala positif COVID-19. Tambahan lagi, tidak mustahil bagi seseorang untuk terjangkiti semula virus COVID-19 setelah berada di luar kawasan kuarantin.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk makluman anda, WHO telah menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































