
Sulit
3 tahun
Berhenti makan pil perancang noriday kerana pening
Saya baru melahirkan anak yang sekarang berusia sebulan sehingga sekarang saya belum lagi datang haid dan masih menyusu badan. Setelah ke kkm saya diberi pil perancang noriday. Dalam 2 hari saya baru saja makan 2 biji dan mengalami pening2 kepala pada waktu pagi. Setelah itu masuk hari ketiga saya telah berhenti makan. Soalan saya tidak apakah kalau saya berhenti makan pil perancang memandangkan saya belum lagi datang haid ? Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda ingin ketahui jika anda boleh menghentikan penggunaan pil perancang kerana mengalami gejala pening. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, perancangan keluarga adalah penting untuk digunakan selepas melahirkan anak bagi mengelakkan kehamilan baru. Kehamilan boleh berlaku seawal 3 minggu selepas kelahiran anak, tetapi ini berbeza untuk setiap wanita. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengubah kaedah perancangan anda memandangkan pil perancang noriday menyebabkan anda berasa pening. Doktor boleh menasihatkan anda tentang kaedah perancang yang lebih bersesuaian untuk anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami untuk nasihat lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.