
Sulit
5 tahun
Berhenti makan pil perancang seminggu
Hi…sya mngambil pil perancang dan sepatutnya sya berhenti makan pil slama sminggu bermula esok.tapi sya baru sahaja melakukan hubungan intim dengan suami sya semalam.adakah sya akn mngalami kmungkinan untuk mngandung jika brhenti makan pil esok?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor…
Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru. Apabila anda melakukan hubungan dalam tempoh berehat tersebut, kitaran hormon anda masih diregulasi oleh pil perancang kehamilan yang bekerja mencegah kehamilan. Justeru, risiko kejadian kehamilan dapat dicegah sekitar 85% sama seperti apabila melakukan hubungan pada waktu lain dalam kitaran pil perancang.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.