
Sulit
3 tahun
Berhenti pil perancang lebih 3 bulan period tak datang
Saya makan pil perancang semasa anak ke 2 dah sudah berhenti 3 bulan yang lalu berat badan saya makin bertambah adakah saya hamil saya sudah tidak bersama suami lebih 8 bulan

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, kenaikan berat badan adalah antara kesan sampingan pegambilan pil perancang. Ini disebabkan oleh kecelaruan kuantiti hormon dalam badan. Biasanya, ia akan mengambil sedikit masa untuk badan kembali kepada normal. Bagi soalan anda mengenai kehamilan, sekiranya anda tidak melakukan hubungan seksual bersama pasangan anda, kemungkinan besar anda tidak hamil. Sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami mengenai perkara ini supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.