Sulit
5 tahun
Berhenti rawatan latern tibi setelah 6 bulan
Saya wanita dalam 20’an. Sebelum ni saya telah mendapat rawatan latern tb selama 6 bulan. Setelah tempoh 6bulan berakhir,n setelah membuat xray, saya dah tak perlu mengambil ubat isoniazid dan pyridoxine.but after 3 hari xambik ubat,saya demam selama 4 hari berturut2. Normal ke dmm sebab da berhenti ambil ubat tibi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu demam selama 4 hari. Untuk makluman pihak anda, demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Jika rawatan tibi sudah selesai dan berhenti pengambilan ubat, ia tidak akan menyebabkan demam .
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.




































