meanep
5 tahun
Berhubung dengan kontak rapat kes-33
Isteri saya telah menghadiri satu seminar yang mana kontak rapat kes covid19 yg ke 33 telah menjadi ahli panel semasa seminar tersebut. Isteri saya mmg ada bersua dan berborak face to face dgn panel tersebut. Sekarang ahli panel itu sedang menunggu keputusan saringan.
Soalan saya…apa patut saya buat dan bolehkah saya berurusan seperti biasa…saya khuatir saya pun dijangkiti covid19
5 tahun
Salam sejahtera, saya memahami bahawa isteri anda ada kontak rapat bersama pesakit jangkitan COVID-19. Anda disarankan untuk menilai kategori risiko anda. Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19). Sila ikuti arahan selepas anda menjawab kuiz tersebut.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap anda akan cepat sembuh dan terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































