Sulit
4 tahun
Berhubungan selepas haid
Saya wanita berumur 22 tahun dan sudah berkahwin saya baru lepas abis datang haid 2hari dan ketika saya berhubungan ada keluar darah sikit²
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala pendarahan yang berlaku selepas melakukan hubungan seks. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang berlaku ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Pelincir tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur faraj
- Luka pada faraj
Namun ia juga boleh berlaku akibat perkara yang serius yang memerlukan pemerhatian lanjut oleh doktor seperti:
- Jangkitan pada faraj
- Ektropion sekviks
- Polip dalam rahim atau pada serviks
- Gangguan kitaran haid
Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

































