
Sulit
4 tahun
Berkahak dan tidak mempunyai batuk
saya lelaki berusia 23 tahun,memmpunyai masalah kahak,saya mempunyi masalh kahak dan tidak batuk sama sekali,saya telah pergi memeriksa di kelinik tempat saya berkerja,dan mereka memberitahu saya yang kahak saya sudah berkumpul di dalam paru2 saya,mereka hanya memberikan ubat PRIHEXINE Bromhexine HCI 8mg,tetapi tidak ada perubahan,apakah masalah saya sebenar nya??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa penyebab kahak pada paru-paru atau tekak. Radang pada paru-paru adalah penyebab utama lendir dan kahak.
- Jangkitan bakteria atau virus
- Allergi
- Terdapat object asing di dalam rongga tersebut
- Asma
- Penyakit tibi
- Saluran pernafasan sempit COPD
Anda juga mungkin mempunyai masalah lain yang mengakibatkan perkara ini. Oleh itu adalah disarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan serta pemeriksaan atau ujian dapat dibuat sekiranya perlu. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami yang bertauliah secara atas talian.
Terima kasih.