Sulit
3 tahun
Berkahak tapi tidak batuk dan tidak sesak nafas
hai doktor,tak tnye,ape yang menyebabkan kahak tp tkde batuk dan sesak nafas…dlm dekat 2 minggu jgk lah adr je demam selsema…tempat saye tinggal pun berhabuk dan kurang sangt minum air putih…adakah itu faktor yg dapat terungkaikan??
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anda seperti:
- Keradangan pada tekak
- Selsema
- Faktor persekitaran
- Alahan
- Asma
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.