
Sulit
4 tahun
Berkaitan dengan penyakit dyslexia
Saya ialah seorang pelajar berumur 14 tahuns… saya ada terbaca mengenai penyakit dyslexia ni … boleh x kalau doktor terangakan lebih lanjut tentang penyakit ni ? Sebab kadang2 saya rasa mungkin saya penghidap penyakit ni sebab saya agak lambat untuk faham apa yang saya baca, blur n tak dapat terima arahan dengan jelas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, disleksia merupakan salah satu masalah pembelajaran di mana kebanyakan penghidap penyakit disleksia ini akan mengalami kesukaran untuk membaca kerana tidak dapat mengecam bunyi dan mengaitkannya dengan huruf. Penyakit ini berkaitan dengan bahagian otak yang berfungsi untuk memproses bahasa.
Antara tanda-tanda seseorang mungkin mempunyai disleksia pada umur remaja adalah
- Mempunyai masalah untuk membaca
- Mempunyai masalah untuk mengeja
- Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja yang melibatkan bacaan dan menulis
- Mempunyai masalah untuk mengingat dan menyelesaikan masalah matematik
Kebanyakan orang tidak sedar bahawa diri mereka atau anak mereka mempunyai disleksia dan hanya menyedari ketika sedang remaja ataupun dewasa.
Untuk masalah yang dihadapi oleh anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat dan anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui diagnosis dan supaya anda mendapat bantuan untuk menyelesaikan masalah yang anda sedang hadapi.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah mengenai keadaan anda. Terima kasih.