
Sulit
4 tahun
Berkaitan Kehamilan dan Pandangan Doktor
Hai, saya lelaki berumur 26 tahun. Pada awal pagi 18hb 12 saya telah sex dan terpancut dalam gf saya.
Kali terakhir gf sy period ialah pada 20hb 11. Ketika kejadian, dia dh sekitar 28-29 hari dari tarikh mula-mula period.
Saya fikir untuk pancut dalam sebab gf saya bukan berada dalam waktu subur sebab sudah menghampiri period (kitaran haid normal 28 hari).
Tapi skrg sudah 22hb 12 atau 33-34 hari dari tarikh akhir dia period, tp dia belum lagi period. Saya risau jika dia mengandung.
Apa pandangan doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Teman wanita anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang sedang dialami, boleh juga mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.