
Sulit
3 tahun
Berkaitan ubat ketuat
Hi.Sya nk tnya boleh ke ubat ketuat biasa digunakan pada ketuat kelamin

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anda tidak boleh menggunakan ubat yang sama. Walaupun kedua-dua dihasilkan oleh virus yang sama, namun ia adalah jenis virus HPV yang berbeza. Selain ketuat, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan gejala seperti ketuat pada kelamin seperti:
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infections )
- Jangkitan HPV (ketuat kelamin)
- Jangkitan HIV
- Jangkitan kulat pada zakar ( Candidiasis )
- Syfilis
- Herpes
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.