Anonymous
6 tahun
Berkenaan dengan alat sulit / zakar
Saya berusia 32 tahun dan sudah berkahwin. masaalah saya hadapi ialah kurang tegang ketika melakukan sex, bagaimana saya ingin atasi masaalah ini doctor… jika mati pucuk tidak boleh naik lansung betul tak? Jadi apa yg saya hadapi bukan mati pucuk sebab ai masih kembang tetapi tidak keras secukupnya seperti sebelum2 ini…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,biasanya masalah zakar tidak tegang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung - Diabetes
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































