
Sulit
4 tahun
Berkenaan pemakaian topeng muka. Wajib atau tidak
Saya Izzudin. Saya cuma nak tahu wajib ke pakai topeng muka kalau sihat? Sekarang adakah pihak berkuasa akan saman sesiapa yg berada di luar rumah yang tak pakai topeng muka? berkuasa akan menyaman sesiapa yg berada di luar yang tak pakai topeng muka.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut KKM, sekiranya anda sihat tidak diwajibkan untuk memakai topeng. Namun untuk langkah berjaga-jaga anda disarankan untuk memakai topeng ketika berada di luar.
Untuk isu saman jika tidak memakai topeng di luar, saya tidak dapat mengulas dengan lanjut kerana saya juga kurang pasti mengenai hal ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.