
Sulit
4 tahun
Berkongsi mknan yg dmasak psakit hiv
Doktor, sya ada sdikit soalan ttg psakit hiv, sya tggl serumah dgn psakit hiv, adakah jangkitan bole bjangkit jika sya mkn mknan yg dmasak oleh psakit, sya agk risau jga dgn keadaan ni, psakit sdh 23thn mgidap hiv dan tidak pnh mnerima rawatan, trima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda.Untuk pengetahuan anda, Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.
Telah diterima umum dengan jelas, bahawa HIV tidak boleh disebarkan melalui sentuhan harian biasa. Malah ahli keluarga yang banyak berkongsi peralatan peribadi dengan penghidap HIV, contohnya pinggan mangkuk, makanan tidak dijangkiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.