
Sulit
4 tahun
Bersama kemudian 11 hari lepas tu period
Adakah mempunyai peluang yang tinggi untuk hamil sekiranya datang haid selepas 11hari bersama .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, salah satu petanda kehamilan adalah tidak datangnya haid bagi seseorang wanita. Berkenaan situasi anda yang haid setelah berhubungan seksual, kemungkinan untuk anda hamil adalah rendah. Namun begitu, sesetangah kes mendapati perdarahan spotting boleh berlaku pada awal kehamilan akibat implantasi. Oleh itu, penting untuk dikenal pasti sifat pendarahan yang anda alami. Tambahan juga, hubungan seksual pada masa subur wanita tanpa sebarang perlindungan juga meningkatkan potensi untuk hamil.
Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan perlindungan bagi mencegah kehamilan, antaranya ialah:
- penggunaan kondom
- pil perancang kehamilan
- suntikan perancang kehamilan (Depo provera)
- Suntikan tanaman (Implanon)
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih