Sulit
3 tahun
Bersama suami selepas suntikan depo
Saya baru mengambil suntikan depo pada waktu petang. Dan malam tu, saya terus bersama suami. Adakah saya berpotensi untuk hamil atau tidak? Adakah jarak masa tertentu selepas suntikan depo baru boleh bersama? Sebab masa menerima suntikan tu, doc tidak memaklumkan apa2 kepada saya… Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, sekiranya suntikan Depo diberi dalam masa tujuh hari selepas hari pertama anda datang haid, anda terlindung dari kehamilan dengan serta-merta. Sekiranya suntikan diberi lebih daripada 7 hari pertama kitaran haid anda, anda harus menggunakan kondom kerana masih ada potensi untuk mengandung pada waktu ini.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.