Sulit
5 tahun
Bersama tanpa sengaja
Hi, saya nak tanya saya datang haid pada isnin tetapi pada sabtu malam sehingga ahad malam tiada darah yang keluar dan saya assume dah habis haid dan saya ada bersama dengan suami tetapi selepas saya bersama dan waktu saya buang air kecil saya mendapati ada sedikit darah yang haid keluar. Adakah ia okay atau tidak?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































