
Sulit
5 tahun
Bersin berpanjangan hidung gatal dan mata berair
salam sejahtera, hi doktor.
sy wanita berusia 26thn, saya selalu mengalami bersin yg berpanjangan sehingga boleh sampai ke waktu malam, mata berair, hidung gatal.kadang-kadang terjaga 3/4pagi dan berlakunya bersin sehingga boleh menyebabkan tekak saya sakit dan bengkak…boleh saya tahu apakah puncanya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada gejala bersin tanpa henti dan mata berair yang memburuk apabila terdedah kepada angin dan sejuk, gejala-gejala yang anda alami ini boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis (resdung) alergi akibat sejuk, habuk, makanan
- Non-allergic rhinitis seperti drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.