
Paan
6 tahun
Betulkah kolesterol ni bahaya?
Doktor, betul ke orang kata kolestrol ni bahaya? bukan ke badan kita perlukan lemak untuk proses sesuatu?

6 tahun
Salam sejahtera.
Penyakit kolesterol tinggi merupakan salah satu penyakit yang paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Kolesterol tinggi biasanya tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala tetapi ia boleh menyumbang kepada penyakit lain seperti sakit jantung, strok atau angin ahmar, penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
Lemak merupakan bahan yang sangat penting dalam badan kita. Lemak, atau lipids, berfungsi sebagai bahan utama membran sel-sel di dalam badan kita. Lemak juga berfungsi sebagai rizab tenaga yang akan digunakan apabila kandungan gula di badan kita tidak mencukupi untuk menjana tenaga bagi aktiviti harian. Lemak juga penting untuk membantu menyerap vitamin A, D, E dan K yang memainkan pelbagai peranan penting di dalam badan kita. Selain itu, lemak merupakan bahan utama untuk menghasilkan hormon-hormon di dalam badan kita seperti cortisol.
Kolesterol dalam tahap normal di dalam badan kita adalah sangat berfaedah tetapi kolesterol yang berlebihan akan mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kita. Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan atherosclerosis, iaitu kesempitan dan kekerasan dinding saluran darah di dalam badan kita. Hal ini akan menyebabkan penghantaran darah yang tidak mencukupi ke organ penting seperti jantung dan otak.

6 tahun
Hai dan terima kasih atas soalan anda.
Lemak dan kolesterol merupakan satu keperluan dalam diet kita untuk beberapa fungsi tubuh.
Masyarakat mempercayai bahawa lemak adalah sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan. Lemak sebenarnya mempunyai fungsi penting dalam tubuh kita sebagai pengangkt yang membantu penyerapan vitamin serta membekalkan asid-asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
Walau bagaimanapun persekitaran pemakanan di Malaysia mengandungi terlalu banyak produk makanan segera, berproses dan bergoreng dan mudah didapati. Kita perlulah bijak mengawal pengambilan lemak dan kolesterol supaya tidak berlebihan.