Sulit
4 tahun
Bibir dalam faraj/labia minora
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya nak kepastian, adakah bentuk bibir faraj bahagian dalam/ labia minora berbeza setiap wanita? Kerana saya mempunyai labia minora yang panjang dan menggelebeh keluar. Atau ia disebabkan perkara lain seperti mencuci alat kelamin menggunakan tangan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bentuk faraj mempunyai beberapa jenis yang berbeza. Hal ini menyebabkan bentuk bibir faraj juga akan berbeza.
Namun begitu, bagi mendapatkan kepastian bahawa ia adalah disebabkan jenis yang berbeza dan bukan disebabkan oleh sebarang penyakit, maka disarankan untuk anda melakukan pemeriksaan di pusat kesihatan berdekatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































