
Sulit
5 tahun
Bibir pucat setiap pagi selepas gastrik dalam jangka masa panjang
Saya wanita berusia 23 tahun dan menghidapi gastrik. Setelah makan ubat gastrik dan pulih, muka masih pucat apabila bangun setiap pagi lebih dari 2 minggu. Perut juga cepat berasa sebu dan mual jika lambat makan. Setiap kali Selepas buang air besar, tekanan darah menjadi rendah dan senang untuk merasa pusing/pening melainkan saya makan makanan berat seperti nasi secepat mungkin. Adakah ini normal untuk pesakit gastrik dalam jangka masa yang lama atau saya hanya rendah gula?. Sebelum ini, saya mengamalkan makan quacker oat setiap hari sebelum gastrik pada hari tersebut dan berhenti makan quacker oat selepas sering berada dalam keadaan pucat. Adakah quacker oat mempengaruhi keadaan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan yang anda alami adalah sesuai dengan diagnosa yang diberikan doktor yang mana pada masalah perut seperti ini pengubatan sahaja tidak cukup.
Bagi mengurangkan berat penyakit serta mengatasi rasa tidak enak, terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang perlu diamalkan. Sebaiknya anda mulai melakukan rutin seperti:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.