
Sulit
3 tahun
Bibir vagina panjang
Saya umur 22 tahun dan tidak berkahwin. Saya agak pelik bila bibir vagina saya agak berbeza dari perempuan yg lain. Bibir bahgian dlam saya agak panjangand agak tidak sama. Boleh kata terkeluar. Saya ada search google untuk tengok jenis vagina. Saya melihat saya punya lebih kurang asymmetrical inner lips. Bahagian dlm lebih besar. Adakah saya punya normal atau tidak sbb akk saya dan mak tidak mempunyai bentuk yg sama mcm saya. Boleh saya tahu adakah itu normal atau perlu dirujuk pada pakar. Dan saya juga kadang mengalami kegatalan pada tepi bibir pada bahagian kanan saja.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah
- Vaginosis bakteria.
- Penyakit kelamin (STD).
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina).
- Menopaus.
- Radang disebabkan bahan kimia.
- Sklerosis lichen.
Oleh itu, untuk memastikan kerisauan anda tentang struktur anatomi faraj, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat penyelesaian yang sepatutnya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.