
Sulit
4 tahun
Biji air di bibir miss v
Saya wanita dalam 20an, sejak akhir ni saya rasa gatal dekat bibir missv. Saya tngok mcm ada biji air. Masa period haritu saya tak perasan yang tempat saya simpan pad tu ada semut. Punca dari situ ka atau punca lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Gigitan serangga
- Jangkitan virus, bakteria atau kulat
- Penyakit kelamin (sexually transmitted infection)
- Sista Bartholin (Bartholin’s cyst)
Sukar untuk kami katakan sama ada biji yang dimaksudkan anda berpunca daripada gigitan semut ataupun punca lain. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui puncanya.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.