
Sulit
4 tahun
Biji-biji kecil di lubang vagina
Saya berumur 29 thn… Sejak beberapa hari ini terasa gatal dan tidak selesa dibahagian vagina. Dan tiba² baru ini terdapat biji kecil yg muncul di bahagian lubang vagina. Ia akan rasa sakit bila ia tersentuh bahagian tersebut bila bersama dan ketika membuang air kecil. Kenapa ya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan serta biji yang terdapat pada kemaluan anda boleh berpunca:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV
- Jerawat
- Jangkitan kulat
Bagi mengurangkan kegatalan yang anda alami, anda boleh mencuba kaedah umum seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.