Sulit
5 tahun
Biji - biji putih kecil di kepala zakar
Hi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 15 tahun. Saya mendapati ada biji - biji putih yang kecil di kepala zakar. Boleh ke saya tahu apakah itu dan cara untuk menghilankannya? Terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
variasi kulit yang normal pada zakar
jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
jerawat pada zakar
Fordyce spots
tindakbalas alahan
jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































