
Sulit
5 tahun
Biji kecil bawah testis
Hello Dr, saya ingin bertanya terdapat biji atau benjolan kecil pada bawah testis kiri saya, yang mana biji atau benjolan tidak berada betul2 pada testis, tetapi berada berdekatan saluran pada bawah testis saya. Biji tersebut terasa agak solid tetapi bila dipicit tidak merasa sakit.
Jadi saya mohon penjelasan daripada Dr berkaitan masalah saya ini, apakah biji tersebut, adakah ia berbahaya utk saya? Mohon penjelasan. Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara punca benjolan atau biji pada kemaluan adalah:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.