
Sulit
5 tahun
Biji kecil bawah zakar
Saya lelaki berumur 24 tahun dan sudah berkhawin. Saya mendapati terdapat benjolan pada bawah zakar saya dan benjolan tersebut ada sebijik dan warnanya sama seperti kulit. Sebelum ini benjolan ini berada di bahagian bawah pusat sahaja dan ia akan berpindah ke tempat lain tetapi selepas saya pecahkan benjolan tersebut, ia terus muncul di bahagian bawah zakar pula. Adakah penyakit tersebut berbahaya ketika berhubungan intim bersama isteri kerana saya tidak mahu isteri saya di jangkiti. Mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Benjolan yang berpindah-pindah adalah kemungkinan besar akibat jangkitan. Ubat bagi penyakit berjangkit seperti antibiotik dan sebagainya hanya boleh dibeli dengan preskripsi doktor. Justeru, anda amat digalakkan untuk merujuk doktor agar benjolan tersebut dapat dilihat dan dinilai secara klinikal oleh doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.