
Sulit
4 tahun
Biji kecil di peha seperti jerawat
Terdapat satu biji seperti jerawat dia peha yang bergesel ketika jalan. Ianya dah terjadi dua kali selepas surut dia tempat yang sama. Sekitarnya sakit bila dia tekan. Rupa seperti jerawat batu yang ada cecair putih yang tidak jernih. Minta penjelasan dan cara mengatasi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami memahami kerisauan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa keadaan di mana anda boleh mengalami masalah kulit sedemikian:
- Sebaceous cyst
- Furuncle atau carbuncle; jangkitan pada folikel bulu atau rambut
- Bullous impetigo
- Ruam disebabkan oleh ubat-ubatan
- Lipoma
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dilakukan dan rawatan sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai keadaan anda, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami. Terima kasih.