
rezwind92
4 tahun
Biji kemaluan sebelah kiri terasa ngilu diikuti dengan pinggang dan paha
Saya lelaki berumur 29 mengalami masalah rasa sakit dan ngilu bahagian testis/sroctum sebelah kiri. Sehingga sakit itu terasa bahagian pinggang dan paha. Asal sentuh biji sebelah kiri terasa geli dan ngilu. Harap doktor boleh bantu. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit buah zakar anda boleh disebabkan:
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Angin pasang (hernia) terbelit
- Jangkitan buah zakar
- Hidrosele - bengkak cecair dalam buah zakar
- varicocele
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah