
Sulit
4 tahun
Biji macam jerawat di lengan kiri kanan dan dada
Saya lelaki umur 23 tahun menghadapi masalah kulit seperti jerawat di lengan bahagian kiri dan kanan dan dada . Saya ada pergi ke gymnasium utk bersukan dan ada menngambil makanan tambahan ‘protein’ , masalah ini berlarutan lebih 3 bulan. Saya telah pun berjumpa doktor dan diberi ubat tapi tetap sama juga. Adakah ini masalah hormon ataupun ada bnda yg saya tidak tahu ? Harap dapat menjawab persoalan saya terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk maklumat anda, biji atau jerawat tersebut mungkin disebabkan oleh:
- Penjagaan kebersihan badan yang kurang memuaskan
- Salur peluh yang tersumbat
- Gigitan serangga
- Jerawat di bahagian badan
Ini hanyalah pandangan kami secara am, anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui puncanya. Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mengajukan masalah anda.
Sekiranya anda ingin mendapatkan pencerahan mengenai keadaan anda, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) dan bercakap dengan doktor kami untuk mendapatkan pencerahan lanjut di atas talian. Terima kasih.