
Sulit
4 tahun
Biji mcm jerawat di faraj
Dr pakar apa yg sy patut jumpa?

4 tahun
Salam sejahtera, teriam kasih untuk soalan yang telah diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah Jerawat pada bibir faraj boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Berbincanglah juga dengan doktor tentang kekhuatiran anda mengenai penyakit kelamin agar dapat dilakukan pemeriksaan yang sesuai.
Antara yang boleh dilakukan untuk membantu mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Berkenaan dengan kepakaran yang harus dirujuk, anda boleh berjumpa dengan pakar urologi ataupun ginekologi untuk membincangkan masalah yang sedang anda hadapi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Jangan biarkan penyakit kelamin menghantui anda ! Dapatkan nasihat pakar yang bertauliah.