
Sulit
4 tahun
Biji merah di vagina
hi doc, saya wanita berusia 21 tahun, baru baru ni saya mengalami kegatalan di vagina dan selepas beberapa hari di bahagian vulva seperti ada biji merah yang menyebabkan saya rasa tidak selesa, tetapi biji tersebut tidak membesar, jadi adakah merbahaya dan bagaimana solusinya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan serta biji yang terdapat pada kemaluan anda boleh berpunca:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV
- Jerawat
- Jangkitan kulat
Bagi mengurangkan kegatalan yang anda alami, anda boleh mencuba kaedah umum seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.