
Sulit
5 tahun
Biji Putih di kawasan perineum
Hi Dr, sy wanita berumur 29 tahun dan ibu kepada 2 cahayamata. Saya mengalami kemusykilan tentang ada satu biji putih seakan jerawat/bisul di kawasan perineum. Ianya tidak membesar dan tidak sakit. Boleh Dr bantu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini mungkin disebabkan oleh:
Jerawat
Fordyce spots
Sista
Ingrown hair- bulu yang tumbuh ke dalam dan menyebabkan bump atau biji
Skin tags - lebihan kulit
Lichen sclerosus
Jangkitan herpes
Ketuat (warts)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebih-lebih lagi sekiranya benjolan tersebut semakin banyak, sakit atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti merah dan bernanah.
Anda juga boleh lik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.