
Sulit
2 tahun
Bila bersama keluar darah tidak berasa sakit
Apakah punca dan penyebabnye doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, masalah ini mungkin disebabkan oleh pecah dara atau luka akibat hubungan kelamin. Hubungan kelamin tanpa pelincir semulajadi dari faraj yang mencukupi akan meningkatkan risiko anda dan pasangan mengalami luka pada alat sulit. Anda boleh bercakap dengan pihak kami secara privasi bagi merungkai permasalahan ini. Terdapat pelincir yang boleh digunakan jika itu adalah puncanya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.